Refleksi Pembelajaran
Koperatif
NUR FARHANIM BINTI ROSLAN
(D20101037495)
Pada pendapat saya, pembelajaran koperatif
adalah sangat sesuai untuk memperbaiki dan merubah minat pelajar terhadap
sesuatu mata pelajaran. Saya berpendapat, pelajar lebih berminat dan yakin jika
belajar dengan rakan sebaya mereka. Jadi, penggabungan pelajar mengikut tahap
pembelajaran untuk membentuk satu kumpulan adalah sangat bagus. Tetapi, sebagai
seorang guru, kita perlu ingat, jangan meletakkan terlalu ramai ahli dalam
sesuatu kumpulan kerana jumlah yang anyak tidak kondusif untuk belajar.
Pembelajaran koperatif bertujuan untuk memastikan setiap pelajar mendapat
output yang sama hasil dari input yang diperolehi dalam perbincangan kumpulan.
Beberapateknik pembelajaran
koperatif telah diperkenalkan di dalam kelas ini, antaranya, teknik ‘jigsaw’,
‘think-pair-share’, ‘three-steps-interview’, ‘round Robbin brainstorming’,
‘three minutes review’, ‘numbered head’, ‘team pair solo’ dan ‘circle the sage and partners’. Kesemua
aktiviti ini sangat sesuai digunakan oleh guru ketika berpraktikum dan mengajar
kelak. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mampu menggerakkan minda pelajar dan
mengelak kebosanan berlaku di dalam bilik darjah.
Untuk aktiviti ‘jigsaw’, setiap
pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab kerana mereka akan diberikan topic
masing-masing untuk dibincangkan bersama kumpulan pakar dan terpaksa
menerangkan apa yang telah dibincangkan semula di dalam kumpulan asal. Guru
juga mendapat kelebihan melalui aktiviti ini dan mampu mengesan pelajar yang
tidak bersungguh-sungguh terlibat melalui markah dan pencapaian ahli kumpulan
dalam sesuatu topik dan ini akan mencerminkan usaha pakar dalam kumpulan
tersebut.
‘three minutes review’ juga adalah
salah satu aktiviti yang bagus tetapi pada justifikasi saya, tekik ini hanya
bagus untuk diaplikasikan kepada sesetengah pelajar. Guru berhenti seketika
mengajar dan bertanyakan kepada murid tentang apa yang telah dipelajari.
Sebagai guru, kita perlu ingat, keboleh upayaan pelajar dalam menerima sesuatu
ilmu adalah berbeza-beza. Jika teknik ini digunakan kepada pelajar yang cepat
memahami sesuatu ilmu baru, jadi hasilnya adalah positif tetapi jika teknik ini
digunakan pada saya, saya sendiri tidak mampu untuk mengulas apa yang telah
dipelajari kerana saya seorang yang memerlukan masa yang lama untuk memahami
sesuatu ilmu dan pengetahuan menyebabkan saya perlu membaca semula apa yang
telah dipelajari danbarulah saya mampu untuk mengulas tentang pembelajaran
tersebut.
Kaedah ‘team pair solo’ juga sangat
menarik bagi saya kerana pada permulaannya, pelajar berbincang secara
berkupulan, kemudiannya berdua dan seterusnya bersendirian. Hasil dari
perbincangan berkumpulan dan berpasangan, maklumat dapat dikongsi dan jika
bersendirian, pelajar tersebut perlu mengeluarkan idea mereka sendiri dan
istilah ‘menumpang’ dalam membuat kerja tidak wujud dalam konteks ini.
Aktiviti
yang lain, saya andaikan proses yang berlaku hampir kurang sama dengan kaedah
‘jigsaw’. Tetapi perlu diingat, kaedah ini bukanlah perlu semuanya dilaksanakan
oleh guru. Seorang guru perlu benar-benar memahami kaedah yang ingin digunakan
dan menyediakan semua kelengkapan secukupnya sebelum menjalankan kaedah ini di
dalam bilik darjah untuk mengelakkan kekeliruan. Guru juga perlu mengkaji
kondisi bilik darjah sebelum memilih sesuatu teknik untuk digunakan.
AELMA HUSNA BINTI ABU BAKAR (D20101037516)
Pada 23 haribulan yang lepas iaitu pada hari Jumaat
yang lepas, kami telah belajar mengenai ‘pengajaran koperatif’ di mana teknik
ini lebih mementingkan penglibatan para pelajar dalam proses P&P. Secara
teorinya, pengajaran koperatif berlaku apabila sekumpulan kecil pelajar
daripada pelbagai tahap kebolehan duduk dan berbincang bersama-sama, di samping
membantu antara satu sama lain dalam menguasai kandungan akademik.
Antara
aktiviti dalam kelas yang menggunakan teknik pengajaran koperatif ini adalah jigsaw, think-pair-share, three step
interview, round robin brainstorming, three minutes review, numbered heads,
team pair solo, circle the sage dan
partners. Setiap aktiviti ini mempunyai kelainan dan kelebihan
masing-masing dan tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk
mempelbagaikan teknik pengajaran dan supaya para pelajar lebih tertarik
dengan proses P&P pada setiap
minggu. Proses P&P yang berpusatkan guru kini tidak lagi menjadi keutamaan
kerana pelajar menjadi pasif dan tidak dapat menyumbangkan idea-idea mereka.
Pada
kali ini, kumpulan saya telah dipertanggungjawabkan untuk membuat demonstrasi
pengajaran yang menggunakan teknik jigsaw
dan think-pair-share. Pada mulanya
kami agak keliru bagaimana untuk menjalankan aktiviti ini dan telah melakukan
kesilapan. Tetapi bimbingan yang diberikan oleh Dr. Razak sangat-sangat
membantu dan kami telah berjaya menjalankan aktiviti tersebut walaupun terdapat
banyak kekurangan. Benarlah kata-kata dr., untuk menjadi seorang guru yang
bagus, kita perlu pandai memberi arahan dan perlu bersiap sedia terlebih dahulu
sebelum menjalankan sebarang aktiviti agar aktiviti dapat dijalankan dengan
lancar dan para pelajar dapat menerima arahan dengan jelas.
Jika
diperhalusi, kesemua aktiviti ini mempunyai sedikit persamaan iaitu pelajar
akan dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil dengan tujuan proses P&P
dapat berlaku dalam kalangan mereka dan supaya pelajar yang pintar dapat
membantu pelajar yang lemah. Guru pula lebih banyak menjadi pembimbing dan
tutor. Jujur saya katakan aktiviti ini sangat menarik dan benar-benar mementingkan
kemahiran pelajar. Demonstrasi yang dijalankan membuatkan saya lebih
bersemangat untuk menjadi seorang guru dan saya bercadang untuk menggunakan
aktiviti- aktiviti ini apabila saya menjadi guru suatu hari nanti. Siapa tahu
suatu hari nanti guru-guru keluaran UPSI mampu memberikan kelainan dalam proses
P&P kepada para pelajar di luar sana.
Tuntasnya,
kewujudan teknik pengajaran koperatif ini sangat tepat pada waktunya
memandangkan pelajar kini semakin pintar dan serba boleh. Tugas guru adalah
untuk mencungkil dan mengembangkan lagi potensi yang terdapat dalam diri setiap
pelajar ini. Pelajar bukan sahaja boleh terlibat secara aktif, malah mampu
menyumbangkan idea, berkongsi pendapat, membantu rakan-rakan, bergaul secara
sihat seterusnya meningkatkan keyakinan diri mereka.
Brenda Mitchelle Morris,
D20101037527
Refleksi
Melalui pengajaran pada minggu yang lalu, saya
mempelajari kaedah-kaedah dalam pembelajaran kooperatif yang dapat digunakan
dalam kelas. Kumpulan saya menggunakan dua kaedah iaitu Jigsaw dan
Think-pair-share. Selain daripada
itu, Three steps interview, Round Robin
Brainstorming, Three Minutes Review, Numbered heads, Team Pair solo, Circle the
sage, dan Partners juga
dipraktikkan dalam kelas ini.
Kaedah yang paling menarik hati saya ialah Numbered heads dan three-minute review. Ini kerana, ianya agak mudah untuk diikuti
dan difahami serta senang untuk dibawah dalam kelas yang ramai dan memiliki
tahap pencapaian yang berlainan. Kaedah
yang agak mencabar buat saya ialah jigsaw
dan circle the sage. Kelihatannya
ia agak mudah, tetapi memerlukan kefahaman yang tinggi kerana melibatkan ahli
kumpulan lain untuk memahami bahagian kita dimana maklumat boleh didapatkan hasil
daripada perbincangan dan penelitian dari kumpuan lain.
Secara keseluruhannya, kesemua kaedah dalam pembelajaran
ini bagus dan kreatif sesuai digunakan dalam pengajaran guru serta pembelajaran
murid tetapi sudah semestinya memerlukan persediaan yang cukup untuk
melaksanakannya.
REFLEKSI
Dalam
kelas KPD3016 1 , kami belajar mengenai pengajaran koperatif, dan teknik
pengajaran koperatif. Ia memberi banyak manfaat dan pengetahuan yang sangat
berguna buat kami sebagai bakal guru. Sebelum mengikuti kelas ini saya kurang
memahami tentang pengajaran koperatif namun selepas kelas ini ia telah mengubah
dan membetukan pemahaman saya tentang pengajaran koperatif
Pengajaran
koperatif merupakan pengajaran yang dinamik dan ia dapat melibatkan semua
pelajar dalam proses pembelajaran. Hal ini menyebabkan tidak ada pelajar yang
tersisih dari mengikuti aktiviti serta dapat mendorong pelajar pasif terlibat
dalam aktiviti berkumpulan. Pengajaran koperatif melibatkan pembentukan
kumpulan kecil yang terdiri dari pelbagai tahap kebolehan dan duduk bersama-sama
berbincang mengenai tugasan yang diberikan untuk memahami kandungan
pembelajaran. Pembentukan pelajar kepada pelbagai tahap kebolehan dalam satu
kumpulan membolehkan kumpulan yang seimbang dapat di bentuk untuk mengelakkan
terbentuknya kumpulan yang pandai dan kurang pandai sahaja dalam satu kumpulan.
Pengabungan pelbagai tahap kebolehan membolehkan pelajar saling bantu-membantu
antara satu sama lain sekiranya mereka kurang faham.
Antara
aktiviti dalam kelas yang menggunakan teknik pengajaran koperatif ialah jigsaw,
think-pair-share, three step interview, round robin brainstorming,three minutes
review, numbered heads, team pair solo. Setiap aktiviti ini mempunyai kelebihan
masing-masing dalam menyampaikan kandungan pembelajaran agar proses pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik. Kumpulan kami telah ditugaskan membentangkan
jigsaw dan think-pair and share. Pada pendapat saya untuk teknik jiqsaw guru
perlu membuat persedian awal sebelum membuat teknik ini dalam kelas keran takut
pelajar keliru dan kurang faham tentang teknik ini. Selain iti apa yang dapat
saya simpulkan di sini untuk semua teknik pengajaran koperatif arahan yang
jelas dan teratur amat penting bagi melancarkan dan memudahkan teknik tersebut
dilaksanakan seterusnya membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
dengan berkesan
3 comments:
Yup...pengajaran koperatif memang sangat bagus untuk di praktikkan di bilik darjah...
Setuju dgn pendapat anda nurfarhanim...Tetapi guru perlu memainkan peranan utk menentukkn jenis2 pembelajaran koperatif yang sesuai dijalankan berdasarkan bilangan pelajar, ruang dan masa yang diperuntukkan di dalam bilik darjah..
untuk mengelakkan dari pelajar cepat bosan di dalam kelas, cara pembelajaran ni sgt sesuai :)
Post a Comment