Monday, 5 November 2012

Penyiasatan Kes


USAHA DIDIK HARGAI SUMBER AIR, ALAM SEKITAR BUKAN ISU REMEH
APABILA membincangkan agenda pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, pencemaran sungai antara isu penting yang kerap diberi perhatian umum khususnya pada seminar atau persidangan berkaitan alam sekitar di pentas antarabangsa dan nasional. Isu pencemaran sungai sering dikaitkan dengan tahap kesedaran masyarakat dan kaedah pengurusannya.
Secanggih mana pun sistem dan teknologi digunakan untuk memulihara sungai, tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sungai mesti ditingkatkan kerana penyebab pencemaran sungai ialah manusia sendiri.
Kerakusan masyarakat dengan menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah sarap, sajian sisa kumbahan ternakan, bahan buangan industri dan sisa pertanian menyebabkan secara tidak langsung kos rawatan air turut ditanggung pengguna.
Natijahnya, kita menghadapi kemusnahan kualiti air sungai yang serius kerana pencemaran sungai mendatangkan kesan besar terhadap kehidupan manusia, terutama apabila sumber air yang dibekalkan kepada pengguna sukar dirawat. Hatta ada kes pencemaran ammonia boleh terlepas hingga ke paip dapur rumah kita.
Pencemaran sungai juga menimbulkan masalah lain seperti merebaknya penyakit dan musnahnya ekosistem akuatik. Kita selalu dipaparkan penderitaan rakyat di negara dunia ketiga yang tidak mempunyai sistem bekalan air cekap dan sistematik menyebabkan mereka sering diancam wabak penyakit sehingga membawa kematian.
Lebih 1.5 juta kanak-kanak di dunia maut setiap tahun akibat pembuangan dua juta tan sisa kumbahan, toksik dan sampah sarap ke dalam sungai. Menyedari air amat penting dalam menentukan kelangsungan hidup manusia dan menjaga sungai adalah sebahagian tanggungjawab yang perlu diberi keutamaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan 22 Mac setiap tahun sebagai Hari Air Sedunia untuk mengajak masyarakat sejagat supaya menghargai air.
Kita mesti ingat air antara unsur terpenting mengimbangi kehidupan manusia di dunia. Walaupun tiga per empat bumi ini diliputi air dan satu per empat daripadanya daratan, 97 peratus daripada air itu adalah air masin (air laut) dan tidak boleh digunakan untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hanya kira-kira 0.6 peratus air di bumi ini untuk keperluan hidup manusia dan pada masa sama, ia dikongsi bersama haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Kita bertanggungjawab memastikan hak kelestarian generasi akan datang untuk menikmati bekalan sumber air bersih dan berusaha meminimumkan impak terhadap sungai. Dalam membentuk keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan sungai, program pendidikan dan penghayatan etika alam sekitar mesti didedahkan pada peringkat generasi muda untuk membentuk kecintaan, sikap dan perilaku mereka bagi memelihara, memulihara dan menghayati kepentingan alam.
Inisiatif Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail menubuhkan Kelab Briged Penyelamat Sungai Puncak Niaga pada 14 Mac 1998 antara usaha yang harus dipuji kerana berjaya menarik minat masyarakat menghargai dan mencintai sungai. Sejak 1998 hingga 2009, program ini memberi tumpuan menerusi program pendidikan dan kesedaran ke sekolah rendah di sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.
Sehingga kini, 148 sekolah berdaftar membabitkan seramai 3,820 menjadi ahli kelab briged dan Puncak Niaga membelanjakan lebih RM2 juta untuk program alam sekitar dan kelab briged. Rozali bukan nama asing dalam industri air tempatan dan peranan dimainkannya adalah tanggungjawab sosial korporat yang selari dengan kempen kerajaan Cintailah Sungai Kita.
Tanggungjawab sosial ini jelas seperti penekanan diberikan kepada Kelab Briged Penyelamat Sungai supaya ahlinya bergerak aktif memupuk masyarakat menghargai khazanah dan sumber alam agar terus terpelihara. Melalui Kelab Briged Penyelamat Sungai, pelajar diberi pendedahan dan pengetahuan untuk menghargai sungai dengan membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti.
Kaedah ini berupaya mengembalikan sungai kepada masyarakat. Menanamkan semangat cintai sungai ini penting dalam memastikan generasi kini belajar menghargai sungai untuk kesejahteraan masa depan.
Usaha murni Rozali selama 12 tahun itu ternyata mendapat perhatian isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang melancarkan Kelab Briged Penyelamat Sungai Kali Ke-24 di Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.Ketika majlis pelancaran Kelab Briged Penyelamat Sungai Kali Ke-24 ‘Istimewa Bersama Datin Paduka Seri Rosmah Mansor’ – Rozali mencadangkan kerajaan memilih UPM untuk meneraju, merancang dan melaksanakan program pemuliharaan alam sekitar memandangkan UPM sebagai salah satu universiti terkemuka di negara ini, terbabit secara langsung dalam aktiviti dan pengendalian kursus berkaitan alam sekitar dan mempunyai kepakaran dalam bidang itu.
Cadangan ini pasti akan membentuk pakatan strategik antara institusi ilmu dan sektor korporat dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan mencintai sungai dan alam sekitar.
Rosmah dalam ucapan pada majlis itu memuji langkah Puncak Niaga memperkasakan program mesra alam dan menyeru masyarakat supaya membuat anjakan paradigma untuk lebih peka kepada keadaan alam sekitar. Katanya, masih tidak terlewat untuk masyarakat tempatan mengubah sikap sambil lewa mengenai penjagaan alam sekitar dan mengambil langkah dalam memastikan sungai yang menjadi sumber bekalan air mentah terus dipelihara dan dijaga.
Dengan kenyataan lebih serius, Rosmah menegaskan mencemar sungai sebagai perbuatan khianat terhadap amanah dan anugerah yang Allah SWT kurniakan serta mencabuli hak generasi akan datang. Mereka yang melakukan pencemaran tidak bertimbang rasa dan prihatin terhadap masalah yang terpaksa ditanggung orang lain akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.
Komitmen dan keikhlasan Rosmah memperlihatkan pentingnya rakyat Malaysia bersama memastikan negara yang kita sayangi ini bebas daripada pencemaran. Dengan mendukung gagasan 1Malaysia, Rosmah percaya Kelab Briged Penyelamat Sungai berupaya memacu bangsa Malaysia yang unggul dan prihatin terhadap alam sekitar.

Penulis ialah Ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM


Sumber : Berita Harian Online


Isu:
*      Isu pencemaran sungai sering dikaitkan dengan tahap kesedaran masyarakat dan kaedah pengurusannya.
*      Masyarakat menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah sarap, sajian sisa kumbahan ternakan, bahan buangan industri dan sisa pertanian.
*      Pencemaran sungai menimbulkan masalah lain seperti merebaknya penyakit dan musnahnya ekosistem akuatik.
*      Lebih 1.5 juta kanak-kanak di dunia maut setiap tahun akibat pembuangan dua juta tan sisa kumbahan, toksik dan sampah sarap ke dalam sungai.
*      Hanya kira-kira 0.6 peratus air di bumi ini untuk keperluan hidup manusia dan pada masa sama, ia dikongsi bersama haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Faktor-faktor pencemaran:
ü  tahap kesedaran masyarakat yang kurang terhadap kepentingan sungai.
ü  kaedah pengurusan sisa buangan kilang yang tidak sistematik.
ü  Sistem bekalan air yang tidak cekap dan tidak sistematik.
ü  Pembuangan sampah di merata tempat.
ü  Kilang tidak menggunakan sistem penapisan bendasing.
ü  Pengurusan sampah yang tidak efektif.

Kesan pencemaran air
Ø  kos rawatan air meningkat.
Ø  kemusnahan kualiti air sungai yang serius.
Ø  diancam wabak penyakit sehingga membawa kematian.
Ø  Kemusnahan sistem akuatik.
Ø  Bau yang tidak menyenangkan.
Ø  Persekitaran yang tidak selesa.


Langkah penyelesaian
·         Program pendidikan dan penghayatan etika alam sekitar.
·         Membuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab.
·         Mengeluarkan memo amaran  kepada pembuang sampah.
·         Ibu bapa harus menjadi contoh dan menegur perbuatan anak-anak.
·         Pelajar menyertai kelab yang berkaitan dengan alam sekitar.
·         Masyarakat membuat jadual berkala bagi menjal;ankan aktiviti gotong-royong.
·         Menubuhkan kelab sukarelawan di kampung atau mukim.  
Penyiasatan kes
  1. Untuk mengetahui kandungan mikroorganisme atau bakteri berbahaya dapat dilakukan dengan cara sebagai berikut:
·         Air yang akan diuji dimasukkan ke dalam gelas/botol  kemudian ditutup.
·         Air tersebut dibiarkan sampai lima hari, kemudian periksa

 Hasil kajian:
Apabila terdapat perubahan warna atau gumpalan warna (putih, hitam atau hijau), maka air tersebut kurang baik secara biologis (mengandung mikroorganisme atau bakteri berbahaya).
Air yang baik akan tetap jernih meskipun disimpan selama 5 hari. Semakin cepat terjadinya perubahan warna atau gumpalan pada air yang diperiksa menunjukkan semakin tinggi kadar mikroorganisme yang dikandungnya.

Kualiti air juga boleh diuji menggunakan beberapa parameter;
·         Total Coliform
·         pH
·         Kekeruhan


2)             Uji pH menggunakan pH meter.

 Objektif:  Untuk mengetahui pH air sungai yang diambil.
Bahan dan peralatan:
*                      Larutan penyangga (buffer).
*                      pH meter dengan kelengkapannya.
*                      Kandungan air sungai.
*                      Kertas tisu.



Prosedur:
1)      Alat pH meter dikalibrasi terlebih dahulu dengan larutan ‘buffer’.
2)      Elektroda pH meter dikeringkan dengan kertas tisu kemudian dibilas dengan air suling.
3)      Elektroda dibilas dengan contoh uji.
4)      Elektroda dicelupkan ke dalam contoh uji sampai pH meter menunjukkan pembacaan yang tetap.
5)      Hasil pembacaan skala atau angka pada pH meter dicatat dan direkodkan.





No comments: