Thursday 11 October 2012

Teori Konstruktivisme dalam Pembahagian Sel




KONSTRUKTIVISME
- Guru sebagai fasilitator. Guru bukan bersifat otoriti. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. 

Tajuk: Proses Mitosis dan Meiosis
Objektif:
i)                    Pelajar dapat mengenali komposisi yang terdapat di dalam DNA.
ii)                  Pelajar dapat membezakan di antara proses mitosis dan meiosis.
Masa P&P : 80 minit
 
Fasa Aktiviti:

FASA 1 - Orientasi
·         Pelajar ditunjukkan gambar-gambar sebagai permulaan daripada pengajaran guru dan pembelajaran murid pada hari tersebut. Gambarajah 1.a menerangkan tentang kaedah Pendua- mengaitkan tentang proses mitosis iaitu menghasilkan komposisi sel yang sama. Gambar rajah 1.b pula menunjukkan aplikasi mitosis dalam kehidupan seharian. Gambar rajah 1.c menunjukkan tentang Ovum dan Sperma. Sel ini melalui proses meiosis sebelum fasa persenyawaan berlaku.



gambarajah 1.a





gambarajah 1.b



gambarajah 1.c


Proses mitosis  :

- 2n (46 chromosomes)





Process of meiosis:

- n (23 chromosomes)




FASA 2- pencetusan idea
·         Setiap pelajar diberikan dua helaian kertas bergambar dan perlu menyelesaikan soalan tersebut secara individu. Seterusnya pelajar diarahkan untuk membentuk satu kumpulan kecil bagi membincangkan jawapan masing-masing sekiranya terdapat percanggahan pendapat. Seterusnya pelajar diminta untuk menyenaraikan perbezaan proses mitosis dan meiosis berdasarkan video yang ditunjukkan.



1.      Padankan maklumat  dan gambar di bawah dengan padanan yang betul.


                                 Suatu struktur DNA
                                 yang tersusun yang
                                   dijumpai di dalam sel.









                                   Salah satu daripada 
                               dua salinan DNA kromosom
                                   yang diulang, yang
                             dicantum pada centromere 
                                mereka


                                            Sepasang DNA                                                      kromosom yang mempunyai      panjang yang sama pada kedudukan 
                                          centromere dan lokus yang sama.










FASA 3- Penstrukturan Semula idea

Pelajar-pelajar diminta membentangkan hasil perbincangan mereka mengikut kumpulan masing-masing.
Pembentangan dibuat dengan menggunakan kertas mahjong. Selepas pembentangan oleh sesebuah kumpulan ,kumpulan lain diminta untuk memberikan komen dan pandangan mereka tentang hasil perbincangan kumpulan tersebut.
Selepas selesai setiap kumpulan membentang hasil dapatan mereka, guru meminta pelajar membuat definisi tetrad,bivalent,chromatin,chromatid,homologous,sister chromatid,dan perbezaan mitosis dan meiosis. Satu kesan yang dapat dilihat dari aktiviti ini adalah pelajar lebih yakin dan berani untuk menyampaikan hasil dapatan mereka dan sentiasa berbincang dalam kumpulan untuk mendapat sesuatu keputusan yang dipersetujui bersama. Mereka lebih berani untuk membuat ulasan  dan berani juga mencabar pendapat kumpulan lain jika tidak sama dengan kumpulan mereka.



FASA 4- Aplikasi idea

Pelajar ditunjukkan satu video mengenai persenyawaan dan perkembangan sel tunggal kepada sel yg berbilion – bilion untuk membentuk manusia.




Dari tayangan itu pelajar-pelajar di soal:
1. Bagaimanakah seorang manusia berkembang daripada sel tunggal yang disenyawakan ke dalam individu yang mengandungi berbilion-bilion sel-sel?
2. Adakah semua sel-sel badan kelihatan sama? Adakah mereka mempunyai fungsi yang sama?
3. Adakah semua sel-sel badan mengandungi maklumat genetik yang sama?
4. Berapa lama ia mengambil masa untuk satu sel induk menjadi dua sel anak?
5. Adalah sel-sel hidup?
6. Apakah sel??


Guru kemudiannya meminta pelajar untuk menjelaskan dan menjawab persoalan mengenai tayangan yang ditunjukkan.
Aktiviti ini adalah untuk menentukan bahawa pengetahuan mengenai topik ini telah difahami dan boleh diaplikasikan.





5. Fasa Refleksi

Guru memaparkan beberapa soalan untuk dijawab oleh pelajar bersama - sama.
Guru seterusnya meminta pelajar membuat satu peta konsep tentang apa yang telah dipelajari hari itu.
Aktiviti ini adalah untuk menilai kefahaman para pelajar tentang pembahagian sel.
http://www.sumanasinc.com/webcontent/animations/content/meiosis.html

3 comments:

team1kpd3016at16d said...

secara mudahnya,penerapan teori konstruktivisme dalam pembelajaran adalah melalui kaedah bina, runtuh dan bina semula.

zulfa aini said...

persembahan yang menarik..Pada pendapat saya teori ini sesuai dijalankan untuk pelajar di peringkat menengah atas..anda pula bagaimana?

Unknown said...

ya.. sgt setuju.. bisa dipelajari dan menjadi pembelajaran kita sbgai bakal cikgu :)