Monday, 26 November 2012

Refleksi Pengajaran Koperatif


Refleksi Pembelajaran Koperatif
NUR FARHANIM BINTI ROSLAN (D20101037495)
 Pada pendapat saya, pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai untuk memperbaiki dan merubah minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Saya berpendapat, pelajar lebih berminat dan yakin jika belajar dengan rakan sebaya mereka. Jadi, penggabungan pelajar mengikut tahap pembelajaran untuk membentuk satu kumpulan adalah sangat bagus. Tetapi, sebagai seorang guru, kita perlu ingat, jangan meletakkan terlalu ramai ahli dalam sesuatu kumpulan kerana jumlah yang anyak tidak kondusif untuk belajar. Pembelajaran koperatif bertujuan untuk memastikan setiap pelajar mendapat output yang sama hasil dari input yang diperolehi dalam perbincangan kumpulan.
            Beberapateknik pembelajaran koperatif telah diperkenalkan di dalam kelas ini, antaranya, teknik ‘jigsaw’, ‘think-pair-share’, ‘three-steps-interview’, ‘round Robbin brainstorming’, ‘three minutes review’, ‘numbered head’, ‘team pair solo’ dan  ‘circle the sage and partners’. Kesemua aktiviti ini sangat sesuai digunakan oleh guru ketika berpraktikum dan mengajar kelak. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mampu menggerakkan minda pelajar dan mengelak kebosanan berlaku di dalam bilik darjah.
            Untuk aktiviti ‘jigsaw’, setiap pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab kerana mereka akan diberikan topic masing-masing untuk dibincangkan bersama kumpulan pakar dan terpaksa menerangkan apa yang telah dibincangkan semula di dalam kumpulan asal. Guru juga mendapat kelebihan melalui aktiviti ini dan mampu mengesan pelajar yang tidak bersungguh-sungguh terlibat melalui markah dan pencapaian ahli kumpulan dalam sesuatu topik dan ini akan mencerminkan usaha pakar dalam kumpulan tersebut.
            ‘three minutes review’ juga adalah salah satu aktiviti yang bagus tetapi pada justifikasi saya, tekik ini hanya bagus untuk diaplikasikan kepada sesetengah pelajar. Guru berhenti seketika mengajar dan bertanyakan kepada murid tentang apa yang telah dipelajari. Sebagai guru, kita perlu ingat, keboleh upayaan pelajar dalam menerima sesuatu ilmu adalah berbeza-beza. Jika teknik ini digunakan kepada pelajar yang cepat memahami sesuatu ilmu baru, jadi hasilnya adalah positif tetapi jika teknik ini digunakan pada saya, saya sendiri tidak mampu untuk mengulas apa yang telah dipelajari kerana saya seorang yang memerlukan masa yang lama untuk memahami sesuatu ilmu dan pengetahuan menyebabkan saya perlu membaca semula apa yang telah dipelajari danbarulah saya mampu untuk mengulas tentang pembelajaran tersebut.
            Kaedah ‘team pair solo’ juga sangat menarik bagi saya kerana pada permulaannya, pelajar berbincang secara berkupulan, kemudiannya berdua dan seterusnya bersendirian. Hasil dari perbincangan berkumpulan dan berpasangan, maklumat dapat dikongsi dan jika bersendirian, pelajar tersebut perlu mengeluarkan idea mereka sendiri dan istilah ‘menumpang’ dalam membuat kerja tidak wujud dalam konteks ini.
            Aktiviti yang lain, saya andaikan proses yang berlaku hampir kurang sama dengan kaedah ‘jigsaw’. Tetapi perlu diingat, kaedah ini bukanlah perlu semuanya dilaksanakan oleh guru. Seorang guru perlu benar-benar memahami kaedah yang ingin digunakan dan menyediakan semua kelengkapan secukupnya sebelum menjalankan kaedah ini di dalam bilik darjah untuk mengelakkan kekeliruan. Guru juga perlu mengkaji kondisi bilik darjah sebelum memilih sesuatu teknik untuk digunakan. 



AELMA HUSNA BINTI ABU BAKAR (D20101037516)

Pada 23 haribulan yang lepas iaitu pada hari Jumaat yang lepas, kami telah belajar mengenai ‘pengajaran koperatif’ di mana teknik ini lebih mementingkan penglibatan para pelajar dalam proses P&P. Secara teorinya, pengajaran koperatif berlaku apabila sekumpulan kecil pelajar daripada pelbagai tahap kebolehan duduk dan berbincang bersama-sama, di samping membantu antara satu sama lain dalam menguasai kandungan akademik.
            Antara aktiviti dalam kelas yang menggunakan teknik pengajaran koperatif ini adalah jigsaw, think-pair-share, three step interview, round robin brainstorming, three minutes review, numbered heads, team pair solo, circle the sage dan partners. Setiap aktiviti ini mempunyai kelainan dan kelebihan masing-masing dan tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan supaya para pelajar lebih tertarik dengan  proses P&P pada setiap minggu. Proses P&P yang berpusatkan guru kini tidak lagi menjadi keutamaan kerana pelajar menjadi pasif dan tidak dapat menyumbangkan idea-idea mereka.
            Pada kali ini, kumpulan saya telah dipertanggungjawabkan untuk membuat demonstrasi pengajaran yang menggunakan teknik jigsaw dan think-pair-share. Pada mulanya kami agak keliru bagaimana untuk menjalankan aktiviti ini dan telah melakukan kesilapan. Tetapi bimbingan yang diberikan oleh Dr. Razak sangat-sangat membantu dan kami telah berjaya menjalankan aktiviti tersebut walaupun terdapat banyak kekurangan. Benarlah kata-kata dr., untuk menjadi seorang guru yang bagus, kita perlu pandai memberi arahan dan perlu bersiap sedia terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang aktiviti agar aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan para pelajar dapat menerima arahan dengan jelas.
            Jika diperhalusi, kesemua aktiviti ini mempunyai sedikit persamaan iaitu pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil dengan tujuan proses P&P dapat berlaku dalam kalangan mereka dan supaya pelajar yang pintar dapat membantu pelajar yang lemah. Guru pula lebih banyak menjadi pembimbing dan tutor. Jujur saya katakan aktiviti ini sangat menarik dan benar-benar mementingkan kemahiran pelajar. Demonstrasi yang dijalankan membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjadi seorang guru dan saya bercadang untuk menggunakan aktiviti- aktiviti ini apabila saya menjadi guru suatu hari nanti. Siapa tahu suatu hari nanti guru-guru keluaran UPSI mampu memberikan kelainan dalam proses P&P kepada para pelajar di luar sana.

            Tuntasnya, kewujudan teknik pengajaran koperatif ini sangat tepat pada waktunya memandangkan pelajar kini semakin pintar dan serba boleh. Tugas guru adalah untuk mencungkil dan mengembangkan lagi potensi yang terdapat dalam diri setiap pelajar ini. Pelajar bukan sahaja boleh terlibat secara aktif, malah mampu menyumbangkan idea, berkongsi pendapat, membantu rakan-rakan, bergaul secara sihat seterusnya meningkatkan keyakinan diri mereka. 



Brenda Mitchelle Morris,
D20101037527

Refleksi

            Melalui pengajaran pada minggu yang lalu, saya mempelajari kaedah-kaedah dalam pembelajaran kooperatif yang dapat digunakan dalam kelas. Kumpulan saya menggunakan dua kaedah iaitu Jigsaw dan Think-pair-share.  Selain daripada itu, Three steps interview, Round Robin Brainstorming, Three Minutes Review, Numbered heads, Team Pair solo, Circle the sage, dan Partners juga dipraktikkan dalam kelas ini.
            Kaedah yang paling menarik hati saya ialah Numbered heads dan three-minute review. Ini kerana, ianya agak mudah untuk diikuti dan difahami serta senang untuk dibawah dalam kelas yang ramai dan memiliki tahap pencapaian yang berlainan.  Kaedah yang agak mencabar buat saya ialah jigsaw dan circle the sage. Kelihatannya ia agak mudah, tetapi memerlukan kefahaman yang tinggi kerana melibatkan ahli kumpulan lain untuk memahami bahagian kita dimana maklumat boleh didapatkan hasil daripada perbincangan dan penelitian dari kumpuan lain.
            Secara keseluruhannya, kesemua kaedah dalam pembelajaran ini bagus dan kreatif sesuai digunakan dalam pengajaran guru serta pembelajaran murid tetapi sudah semestinya memerlukan persediaan yang cukup untuk melaksanakannya.


Yantie bt Maklin (D20101037471)

REFLEKSI


Dalam kelas KPD3016 1 , kami belajar mengenai pengajaran koperatif, dan teknik pengajaran koperatif. Ia memberi banyak manfaat dan pengetahuan yang sangat berguna buat kami sebagai bakal guru. Sebelum mengikuti kelas ini saya kurang memahami tentang pengajaran koperatif namun selepas kelas ini ia telah mengubah dan membetukan pemahaman saya tentang pengajaran koperatif
Pengajaran koperatif merupakan pengajaran yang dinamik dan ia dapat melibatkan semua pelajar dalam proses pembelajaran. Hal ini menyebabkan tidak ada pelajar yang tersisih dari mengikuti aktiviti serta dapat mendorong pelajar pasif terlibat dalam aktiviti berkumpulan. Pengajaran koperatif melibatkan pembentukan kumpulan kecil yang terdiri dari pelbagai tahap kebolehan dan duduk bersama-sama berbincang mengenai tugasan yang diberikan untuk memahami kandungan pembelajaran. Pembentukan pelajar kepada pelbagai tahap kebolehan dalam satu kumpulan membolehkan kumpulan yang seimbang dapat di bentuk untuk mengelakkan terbentuknya kumpulan yang pandai dan kurang pandai sahaja dalam satu kumpulan. Pengabungan pelbagai tahap kebolehan membolehkan pelajar saling bantu-membantu antara satu sama lain sekiranya mereka kurang faham.
Antara aktiviti dalam kelas yang menggunakan teknik pengajaran koperatif ialah jigsaw, think-pair-share, three step interview, round robin brainstorming,three minutes review, numbered heads, team pair solo. Setiap aktiviti ini mempunyai kelebihan masing-masing dalam menyampaikan kandungan pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Kumpulan kami telah ditugaskan membentangkan jigsaw dan think-pair and share. Pada pendapat saya untuk teknik jiqsaw guru perlu membuat persedian awal sebelum membuat teknik ini dalam kelas keran takut pelajar keliru dan kurang faham tentang teknik ini. Selain iti apa yang dapat saya simpulkan di sini untuk semua teknik pengajaran koperatif arahan yang jelas dan teratur amat penting bagi melancarkan dan memudahkan teknik tersebut dilaksanakan seterusnya membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan






3 comments:

nurfarhanim said...

Yup...pengajaran koperatif memang sangat bagus untuk di praktikkan di bilik darjah...

zulfa aini said...

Setuju dgn pendapat anda nurfarhanim...Tetapi guru perlu memainkan peranan utk menentukkn jenis2 pembelajaran koperatif yang sesuai dijalankan berdasarkan bilangan pelajar, ruang dan masa yang diperuntukkan di dalam bilik darjah..

aisyah said...

untuk mengelakkan dari pelajar cepat bosan di dalam kelas, cara pembelajaran ni sgt sesuai :)